I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 29 April 2011

Jenis-jenis Hamster.

Assalamualaikum semua...

Hari ini saya nak cerita sikit tentang jenis-jenis hamster.

SYIRIANS

Hamster syirians sejenis hamster yang paling besar. Aktif pada waktu malam sama seperti hamster-hamster yang lain. Biasanya hamster betina lebih peka berbanding dengan hamster jantan. 

Dia akan keluar pada waktu siang untuk melihat keadaan sekeliling jika ada apa-apa yang berlaku. Manakala yang jantan pula agak malas dan hanya keluar untuk akan dan membuang air je. Jenis ini boleh dilatih supaya menjadi lebih aktif. Hamster jantan jenis ini mempunya bulu panjang dan mempunyai skirt.


CHINESE

Hamster jenis ni susah sikit nak jumpa. Biasanya hamster jenis ni amat mesra dan mempunyai sikap yang baik. 

Hamster ni bersaiz agak kecil walaupun sudah dewasa sepenuhnya dan ia kelihatan seperti seekor tikus cuma bezanya ia mempunyai ekor yang pendek. Jika hamster ini bergaduh sesama sendiri, segera pisahkan mereka.


CAMPBELLS

Campbells lebih kecil daripada syirians dan tinggal secara koloni. Jenis ini cepat membiak dan disyorkan supaya mengasingkan kedua-dua jantina. Hanya tempatkan hamster yang sama jantina je dalam satu sangkar. 

Biasanya mereka akan mesra sesama mereka tetapi mereka juga akan bergaduh terutama apabila hamster betina merasa tercabar. Apabila mereka bergaduh dan cedera, pisahkan mereka dengan segera. 

Tapi jangan terus asingkan mereka apabila kelihatan mereka bergaduh kerana mungkin mereka hanya bergomol bergurau sahaja. Apabila sudah dipisahkan agak susah untuk mereka berbaik semula di kemudian hari. 

Campbells biasanya menggigit manusia namun jika bernasib baik, dapat berjumpa dengan yang mesra dengan manusia.

ROBOROVSKI 

Roborovski merupakan hamster yang paling kecil sekali dalam keluarga hamster dan berasal dari Mongolia. Mereka biasanya tinggal secara berkelompok tetapi jika terlalu padat, boleh mengakibatkan kanibalisme, di mana yang kecil akan dimakan jika mereka berasa makanan dan ruang tidak mencukupi.

Berhati-hati jika membela beberapa ekor hamster jenis ini kerana agak sukar untuk menjaga Roborovski yang banyak. Jenis ini biasanya agak lincah dan bergerak pantas dan jenis ini juga tidak sesuai untuk dibela oleh kanak-kanak kerana sukar untuk membelanya. 

Biasanya Roborovski dibela secara berkelompok dan dibiarkan dalam sebuah tangki seperti akuarium yang mempunyai banyak permainan. Kita boleh melihat kehidupan hamster dan kurang sesuai untuk dibawa bermain di luar.

WINTER WHITES

Winter whites kelihatan seperti Campbells tetapi sebenarnya mereka lebih kecil dan mempunyai warna yang berbeza. Biasanya Winter Whites berwarna kelabu gelap manakala Campbells bewarna coklat. Mereka boleh tinggal sepasang dari jenis yang sama. Meskipun mempunyai bentuk yang serupa namun Winter Whites lebih mesra, lebih mudah untuk dipelihara dan kurang persaingan berebut kawasan sesama mereka. Jangan temukan Winter Whites dengan Campbells kerana Winter Whites betina akan sukar melahirkan bayi Campbells kerana saiz anak Campbells besar. Winter Whites tidak mempunyai sejarah diabetis. 

Rabu, 27 April 2011

Cicak Tokek

Assalamualaikum semua...


Ha.. Memandangkan malam tadi saya bermimpi pasal cicak tokek...Disini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang cicak yang paling popular iaitu cicak tokek.

Cicak tokek ini boleh dijumpai dinegara-negara seperti India timur, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Tiongkok selatan dan timur, Thailand, Semenanjung Malaysia dan pulau-pulau di sekitarnya, Sumatra, Jawa, Borneo, Sulawesi, Lombok, Flores, Timor, Aru dan Kepulauan Filipina.




TIPS MEMELIHARA CICAK TOKEK

1. Tokek merupakan haiwan yang tahan lapar dan pertukaran cuaca. Walaupun tidak diberi makan seminggu, ia masih mampu bertahan.

2. Tokek adalah haiwan karnivor. Jika cicak ini dikumpulkan disatu tempat yang sama, cicak tersebut akan memakan sesama sendiri. Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, satu kandang hanya boleh dimasukkan cuma satu cicak sahaja..

3. Tokek tidak tahan kepada tekanan, jangan terlalu kerap mengubah lokasi kandang cicak tokek. Jika keadaan ini berlaku cicak tersebut tidak akan makan makanan yang diberikan dan boleh menyebabkan kematian.

4. Lokasi kandang yang agak mesra alam, kandang diluar rumah yang redup seperti bawah pokok adalah lebih baik berbanding didalam bangunan.

5. Tokek yang baru ditangkap biasanya tidak mahu menjamah makanan dalam tempoh 2 hingga 3 minggu. Cara terbaik adalah membina kandang dari pada kayu, peratusan untuk cicak itu pulih daripada stress agak cepat.

6. Elakkan dari bertelur, kerana kita bukan hendak membiakkan cicak tersebut. Konsep 1 cicak bersamaan 1 kandang.

7. Kandang yang baik seharusnya diperbuat dari kayu, berwarna agak gelap, hanya bahagian pintu sahaja menggunakan dawai untuk pengudaraan. 

8. Makanan terbaik untuk cicak tokek adalah serangga-serangga seperti cengkerik, belalang dan lain-lain.

9. Jangan memegang tokek dibahagian ekor, kerana ia akan menanggalkan ekornya tapi jangan sampai digigit, kerana gigitan cicak tokek agak kuat seperti kura-kura. Cara terbaik adalah memegangnya dibahagian tengkuknya.


Luahan Kelapan.

Assalamualaikum semua.

Pagi ni saya nak share sikit sal mimpi saya malam tadi... Korang nak tau tak...eeeeiiii.... Gelinya!!! Saya tak pernah mimpi yang saya dipaksa untuk memerlihara cicak tokek!!! yuck!!! Walaupun cicak tu mahal tapi... Gelilah...

Saya tak berapa ingat sangat mimpi tu macam mana tapi yang saya tau masa tu saya tengah jalan-jalan kat pantai. Saya, sorang kawan saya cik PeArl'S and penawar bagi hati saya mr.N. hehehe

Masa kitorang ngah jalan-jalan, tiba-tiba saya ternampak satu gerai haiwan. Seronoknye!!! Ngan terujanya kami pun pergilah ke gerai tu... Kat gerai tu ada jual macam-macam haiwan yang cute-cute. Yang paling saya suka sekali is sugar glider... Comel...Mata die yang besar tu yang saya suka...hehehehe

Ngah best-best main ngan binatang tu semua... Tiba-tiba mr.N tanye, haiwan ape yang paling saya tak suke... Jawapanya mestilah saya tak suke cicak!!! Geli lah...Saya penah ada bad memory ngan cicak...hahaha... Sebab tulah saya geli...

So... Bila mr.N tau yang saya tak suka cicak. Mr.N terus beli cicak tu untuk saya secara PAKSAAN!!! Tidak... Time-time tu jugak saya bangun dari tidur... Tak sanggup nak bayangkan macam manalah agaknya kalau saya bela cicak tu betul-betul...hehehehe

Aku tengok cicak ni pun macam nak terkeluar segala isi perut aku...

Selasa, 26 April 2011

Luahan Ketujuh.

Assalamualaikum semua.

Hah...Saya tengah pening pale plus pelik.Napelah kura-kura saya si Chuckey tu asyik nak gigit je.Tadi mase tengah alihkan die sebab nak tukar air, tangan saya ni nyaris-nyaris nak kene gigit!!! Si Charlie xade pulak nak main gigit-gigit. Tak padan kecik si Chuckey ni.

Hari tu ayah angkat Chuckey tak ade la pulak die nak gigit. Bertuah punye budak!!! Geramnye aku!!!

Chuckey ni bile time nak bagi makan je die manja. Kurang asam boi betullah si Chuckey ni. Dah lah kuat makan. Aku tak bagi makan nanti baru tau. Huh...Padan muke.

Haiwan Eksotik: Sugar Glider.


Sugar glider adalah haiwan 'marsupial' yang telah diambil sebagai haiwan peliharaan eksotik yang comel di kebanyakan negara. Mereka ini tidak ada kaitan dengan tupai terbang. Mereka mempunyai karakter, perasaan dan segala sifat yang paling manis untuk seekor haiwan peliharaan yang kecil.

 Memerlihara sugar glider adakalanya mudah dan adakalanya leceh. Penjagaan umum mereka jauh lebih rumit dari 'rodent' dan mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada pemiliknya. Bayangkan karenah budak berumur 3 tahun. Adakalanya seronok melayan mereka, ada kalanya menyakitkan hati.Tetapi  mereka amat pintar mengambil perhatian kita dan gemar bermain. 

Sugar glider berasal dari Indonesia, New Guinea, New Zealand dan Australia. Kebanyakan sugar glider yang diambil sebagai haiwan peliharaan di Malaysia berasal dari Indonesia kerana kebanyakan negara lain tidak membenarkan sugar glider dieksport. 

Sugar glider yang liar membuat sarang di pokok dan mereka tinggal dalam koloni seramai 6 - 15 ekor. Secara umumnya sugar glider bukan dari keturunan tupai atau tikus, mereka ni lebih kepada kanggaru. Sugar glider betina ada kantung dekat perut dia macam kanggaru.

Mereka adalah haiwan yang berjaga malam dan menghabiskan kebanyakan waktu siang untuk tidur. Sugar glider dewasa berukuran lebih kurang seekor tupai terbang, kira-kira 5 - 7 inci panjang daripada hujung hidung hingga ke hujung badan (tidak termasuk ekor). 

Sugar glider dewasa yang normal selalunya mempunyai berat badan dalam lingkungan 120gm untuk yang jantan manakala yang betina beratnya dianggar dalam lingkungan 200gm. Ekor sugar glider panjang dan gebu dan selalunya lebih panjang daripada badan mereka. 

Warna  suger glider akan berumur seiring dengan penambahan usia mereka. Di Malaysia kita ada sugar glider yang kelabu dan juga yang coklat. Kebanyakan yang coklat terjadi kerana tinggal di dalam tempurung. Oleh itu kalau tak nak sugar glider anda bewarna coklat, jangan letak dalam tempurung ye. Apa pun warna sugar glider, itu adalah keunikan mereka. 


Penjagaan Bayi Hamster


Sedikit info yang ingin saya kongsi mengenai penjagaan baby hamster:
 
  1. Pisahkan hamster jantan kerana hamster jantan akan makan anak-anaknya. Biarkan hamster betina dengan anak-anaknya. 
  2. Jangan sentuh baby hamster kerana jika baby hamster berbau lain, mungkin di makan atau diabaikan oleh ibunya.
  3. Jangan kacau atau sentuh atau bersihkan sarangnya (sangkar) dalam tempoh 1–3 minggu kerana ibu hamster berkemungkinan panik dan sekaligus membunuh anak-anaknya.
  4. Seelok-eloknya letak sangkar di bilik yang senyap kerana persekitaran yang bising boleh menyebabkan ibu hamster menjadi stress.
  5. Jangan selalu melihat atau mengintai ibu hamster yang menyusui anak2ya kerana dikhuatiri hilang fokus dan stress.
  6. Bayi hamster boleh dipisahkan dari ibunya setelah usianya mencecah 4 minggu ke atas (boleh berdikari).
  7. Berikan makanan dan minuman yang secukupnya untuk ibu dan anak-anaknya, seperti:
  • Rendam sedikit roti dalam susu dan letakkan di dalam bekas kecil ia dapat membekalkan protein untuk hamster dan anaknya.
  • Putih telur (rebus) dan hancurkan menjadi kecil-kecil.
  • Sapukan sedikit peanut butter pada carrot atau  celery      

Saya harap sangat supaya hamster saya cepat-cepat dapat baby...Bestnya!!!


Isnin, 25 April 2011

Apakah Perasaan ini?

Cemburu adalah naluri manusia terhadap orang yang amat disayangi dan cemburu adalah rasa tidak selesa apabila melihat atau mendengar orang yang kita sayangi dan cintai rapat atau keluar dengan orang lain.

Bagaimanalah agaknya nak mengawal rasa cemburu ni ya?hehehe...Saya pun selalu tanya soalan ini pada diri saya sendiri kerana saya ni seorang yang sangat kuat cemburu, tapi kita kenalah pandai mengawal rasa cemburu itu. Jangan diturutkan sangat kata hati.

Jadi, apa yang saya lakukan untuk mengatasi masalah cemburu ini ialah....Kita hendaklah mendengar perkara sebenar dan jangan sekali-kali turutkan kata hati yang sedang cemburu kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.

Yakinkan diri kita bahawa 'dia' sangat sayang dan jujur dengan kita. Insya-ALLAH rasa cemburu itu akan berkurangan.

Kita sebagai manusia hendaklah mengawal rasa cemburu agar tidak bertindak diluar batasan. Ha....Itu baru cemburu yang berkaitan dengan cinta. Cemburu ni kan banyak cabangnya?

Pendek kata, cemburu itu pasti akan hadir tidak kira masa atau jantina.Cemburu itu sebenarnya satu perasaan yang sangat indah. Renung-renungkan dan selamat beramal!!!hehehe


















Ahad, 24 April 2011

My lovely pets 3.

Hye semua.

  Di sini saya ada sedikit tips yang simple je untuk menjaga kura-kura yang comel dan nakal.

1. Sediakan ruang yang selesa kepada kura-kura anda dengan sedikit air untuk berenang dan batu atau kayu untuk kura-kura berjemur.

2.  Cuci bekas kura-kura anda sekerap yang mungkin atau sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

3.  Luangkan sekali seminggu dengan menggosok kulit cengkerang kura-kura anda dengan menggunakan span lembut atau berus gigi lama. Jangan menggunakan SABUN!!!

4.  Biar kura-kura berjemur di bawah cahaya matahari atau cahaya lampu.

5.  Bagi kura-kura anda makan 3 hari sekali atau seminggu sekali, tapi saya bagi kura-kura saya makan sehari 2 kali.

6.  Bawalah kura-kura anda berjalan-jalan sekali-sekala. Hari tukan mak saya bawa kura-kura saya pergi berjemur di halaman rumah jiran saya. hehehe...(jangan lupa minta izin tau)

7.  Berilah kasih sayang korang kerana mereka ni tahu yang diri mereka di sayangi.

Memerlihara kura-kura ni tak lah susah cuma kena jaga kualiti airnya saja...

My lovely pets 2.

Hye semua...

  Kura-kura air ialah sejenis haiwan yang lebih banyak berada di dalam air walaupun ia bernafas menggunakan hidung. Kura-kura ini gemar berada di tempat kering dan berjemur di bawah cahaya matahari pagi. Seperti manusia, kura-kura memerlukan cahaya matahari pagi untuk proses metabolisme, menjaga stamina dan menguatkan cengkerang. 

  Di sini saya sertakan beberapa tips untuk menjaga kura-kura.

 Tempat Tinggal

Tempat tinggal terbaik bagi kura-kura ialah di alam bebas seperti menyediakan kolam di luar rumah. Tetapi bagi kura-kura yang masih kecil, kita boleh memerliharanya di dalam rumah. Ini dapat mengelakkan kura-kura kita dari menjadi santapan haiwan-haiwan di luar rumah.

Akuarium untuk kura-kura tidak perlu tinggi kerana kura-kura tidak memerlukan air yang dalam untuk berenang tetapi ia memerlukan kawasan yang luas dan selesa.

Hindarkan benda-benda yang dapat menghalang kura-kura bergerak atau benda-benda yang boleh mencederakannya seperti batu yang tajam.

Pasir di dasar akuarium tidak sesuai untuk kura-kura kerana ia akan membahayakan kesihatan kura-kura jika kura-kura memakannya. Gantikan pasir tersebut dengan batu yang agak besar dan tidak tajam.

Selain itu anda perlu menyediakan tempat untuk kura-kura anda berjemur seperti meletakkan batu atau kayu supaya kura-kura dapat mengeringkan badannya.

Satu perkara penting yang perlu anda tahu iaitu anda harus mencuci akuarium anda semaksima mungkin atau sekurang-kurangnya 2 hari sekali bagi kura-kura yang agak dewasa dan setiap hari bagi kura-kura yang masih kecil. Bagi mereka yang malas mencuci akuarium setiap hari, anda boleh menggunakan filter.

Makanan

Anda boleh memberi kura-kura anda pallet khas untuk kura-kura. Pallet tersebut mestilah bersesuaian dengan usia kura-kura anda. Jika kura-kura anda masih kecil, berilah pallet yang bersaiz kecil. 

Selain pallet, kura-kura juga gemar makan cacing, cengkerik, anak ikan, tulang sotong dan lain-lain.

Kura-kura bukanlah haiwan yang kuat makan walaupun nafsu makannya sangat besar. Anda boleh memberi kura-kura anda makan 3 hari sekali atau seminggu sekali, tetapi saya lebih gemar memberi kura-kura saya makan 2 kali sehari. Tak sampai hati rasanya membiarkan mereka tidak makan sampai seminggu.

Pastikan anda tidak meletakkan makanan terlalu banyak supaya air tidak cepat kotor dan busuk.

Penyakit

Cuaca yang kurang baik atau si kura-kura tidak berselera akan menyebabkan tubuhnya lemah dan sakit. Jika kura-kura anda dalam keadaan tersebut, cubalah bertanya kepada kawan-kawan anda yang arif tentang kura-kura atau bawalah ia ke doktor haiwan.

Penyakit yang biasa dihidapi oleh kura-kura ialah sembelit, badan berkulat, pengelupasan kulit yang berlebihan dan lain-lain.

Bagi kura-kura yang sembelit, saya sarankan anda biarkan kura-kura anda berendam di dalam air suam supaya kitaran perutnya kembali normal. Bagi kura-kura yang terkena kulat pula nada hendaklah menjemurnya setiap pagi di bawah cahaya matahari sekurang-kurangnya selama 30 minit.







Sabtu, 23 April 2011

My lovely pets.

Hye semua...

  Semalam masa tengah tengok you tiub sal guinea pig, tiba-tiba saya ternampak satu video tentang kura-kura.Saya pun tengoklah. Bila saya tengok, agak terkejut jugaklah sebab dia tunjuk kura-kura bertelur dalam air!

  So, malam tadi pun saya buat research tentang kura-kura bertelur. Tapi, saya tak faham sebab kebanyakkan blog tentang kura-kura semuanya bahasa indonesia. Macam mana nak faham bahasa dia.....mak ai...pekat bebeno bahasenye. hehehe.

  Dalam pening-pening tu, tiba-tiba saya terjumpa satu blog tentang kura-kura juga tapi dalam bahasa melayu!!!(walau pun ada sikitlah bahasa indon). Saya punya seronok tak terkata sampai saya terlupa nama blog tu. Dah siap buat nota pasal kura-kura terus delete. Nak tido baru teringat yang saya lupa nak buat bookmark. Adus, nak cari balik blog tu punyalah seksa. Tak apa, kita abaikan je. Sekarang saya nak kongsikan tentang apa yang saya dapat semalam.

  Kura-kura yang sudah sedia untuk disenyawakan ialah pada umur 2 tahun keatas dan ukuran kura-kura itu biasanya 15 cm < bagi jantan dan 20 cm < bagi betina. Kita haruslah menyediakan tanah di sekitar kawasan kolam kerana biasanya kura-kura betina tidak mahu 'mating' jika tiada tanah.

  Apa yang harus kita tahu tentang kura-kura dewasa ialah:

* Kalau kura-kura betina bertelur walaupun tanpa 'mating', maka telur ini tidak boleh menetas.

* Jika kura-kura betina bertelur di dalam air (ada jantan), ini kerana tiada tanah di kawasan kura-kura ambillah telur-telur tersebut untuk ditetaskan sendiri. Telur tidak boleh menetas di dalam air dan akan menjadi lembik dan busuk.

  Terdapat dua cara penetasan:

1. Penetasan secara semulajadi.

*  Kita hendaklah menyediakan kawasan tanah yang sesuai untuk telur agar telur ia dapat menetas dan berkembang dengan baik. Kawasan penetasan ini memerlukan dua perkara iaitu tanah dan pasir. 

Kebanyakkan kawasan rumah sememangnya ada tanah jadi kita cuma perlu menyediakan pasir. Pasir itu ditambakkan di atas tanah kira-kira setinggi 10 cm. 

Fungsi pasir ialah untuk menjaga kelembapan, panas dan hujan.Sebagai tambahan, kita boleh menambah tempat teduh seperti atap atau beberapa tumbuhan.

Jika kura-kura anda bertelur, maka ia akan menetas dalam masa 3 bulan. Jika penetasan berjaya, anak kuar-kura tersebut akan keluar mencari air.

2.  Penetasan buatan / incubator.

*  Untuk penetasan buatan ini, kita perlu menitik beratkan keadaan telur tersebut, jangan sampai berterabur kerana ia akan menentukan berhasil atau tidaknya penetasan. 

Ketika kura-kura anda mula mengais-ngais tanah, maka tunggulah sehingga kura-kura anda selesai bertelur.Sebelum itu, tandakan kawasan kura-kura tersebut bertelur.

Kemudian korek kawasan telur tersebut dengan berhati-hati. Masukkan telur-telur itu ke dalam incubator sesuai dengan posisi asalnya.

Wahai Lelaki.

Wahai kaum Adam, ketika seorang kaum Hawa 'TAKUT UNTUK JATUH CINTA' bukan kerana dia tidak perlukan cinta atau menolak dianugerahkan cinta, akan tetapi kerana dia belum bersedia mengHALALkannya, dia takut rasa yang fitrah itu akan menjadi FITNAH pada suatu masa kelak hanya disebabkan oleh rasa cinta yang tidak terkawal kerana ia akan menggoyahkan 'prinsip'nya dalam memegang teguh syariat ISLAM dan mengabaikan larangan-laranganNYA.

Jumaat, 22 April 2011

Bilik 0oo Bilik.


Hye semua...

  Apa kabar???Nak tahu tak...Saya baru je lepas kemas bilik tidur saya yang boleh dianggap store...Bersepah!!!Penuh dengan barang-barang adik...Kalau pandai kemas tak apalah juga!!!Hah...Saya memang teringin sangat nak bilik sendiri...Lebih 'privacy'...Tak ada barang orang lain...Tak payah susah-susah nak jerit suruh kemas...

  Tapi...Rasanya memang takkan dapatla...Ada banyak sebab nape saya kate cam tu...Antaranya...Saya ni jarang ada dekat rumah...Yela...Sayakan tinggal di asrama...Dari form 1 smpai sekarang...Bila cuti je balik...Nak balik selalu tak boleh...Jauh...

  Sebab yang kedua...Rumah saya ni cuma ada 3 bilik je...Yang tinggal dalam rumah ni 6 orang...Jadi...Nak tak nak...Kenalah kongsi...Satu bilik 2 orang...Tapi bilik saya ni special sikit...Time siang kongsi berempat...Time malam je berdua...Hal ini kerana ya wahai tuan-tuan dan puan-puan sekalian...Waktu siang adik-adik saya yang lelaki suka lepak dalam bilik saya...Lagi pun bilik diorang tu kecik sikit...Time malam je diorang duduk dekat bilik diorang...

 Saya selalu berangan...Kalau ada bilik sendiri...Saya nak 'decorate' bilik saya jadi macam ala-ala bilik princess barbie...Biliknya cantik sangat-sangat!!!ah....Tapi saya lagi suka kalau bilik saya macam bilik barbie as a repunzel...Biliknya luas and neutral...Cantik...Warna pink purple lagi...Penuh dengan lukisan yang cantik-cantik...Tak adalah serabut kepala otak saya ni ha...hehehe

  Oklah korang...Cukup-cukuplah berangan tu...Adik-adik saya dah balik dari sekolah...So..Saya nak sambung menjerit suruh diorang kemas pulak...hehehehe 'joking je'....


  

Cerdik Pandai Berkata.

  Menyedari bahawasanya diri anda bodoh adalah penting sebelum belajar.



  Oleh itu wahai manusia sekalian, setiap kali terlintas di fikiran kita untuk berlagak bahawa kita adalah pandai, cepat-cepatlah padamkan pemikiran itu. Sebaliknya belajarlah dengan penuh rasa rendah hati.

Khamis, 21 April 2011

Andai Lelaki Tahu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.