I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 26 April 2011

Haiwan Eksotik: Sugar Glider.


Sugar glider adalah haiwan 'marsupial' yang telah diambil sebagai haiwan peliharaan eksotik yang comel di kebanyakan negara. Mereka ini tidak ada kaitan dengan tupai terbang. Mereka mempunyai karakter, perasaan dan segala sifat yang paling manis untuk seekor haiwan peliharaan yang kecil.

 Memerlihara sugar glider adakalanya mudah dan adakalanya leceh. Penjagaan umum mereka jauh lebih rumit dari 'rodent' dan mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada pemiliknya. Bayangkan karenah budak berumur 3 tahun. Adakalanya seronok melayan mereka, ada kalanya menyakitkan hati.Tetapi  mereka amat pintar mengambil perhatian kita dan gemar bermain. 

Sugar glider berasal dari Indonesia, New Guinea, New Zealand dan Australia. Kebanyakan sugar glider yang diambil sebagai haiwan peliharaan di Malaysia berasal dari Indonesia kerana kebanyakan negara lain tidak membenarkan sugar glider dieksport. 

Sugar glider yang liar membuat sarang di pokok dan mereka tinggal dalam koloni seramai 6 - 15 ekor. Secara umumnya sugar glider bukan dari keturunan tupai atau tikus, mereka ni lebih kepada kanggaru. Sugar glider betina ada kantung dekat perut dia macam kanggaru.

Mereka adalah haiwan yang berjaga malam dan menghabiskan kebanyakan waktu siang untuk tidur. Sugar glider dewasa berukuran lebih kurang seekor tupai terbang, kira-kira 5 - 7 inci panjang daripada hujung hidung hingga ke hujung badan (tidak termasuk ekor). 

Sugar glider dewasa yang normal selalunya mempunyai berat badan dalam lingkungan 120gm untuk yang jantan manakala yang betina beratnya dianggar dalam lingkungan 200gm. Ekor sugar glider panjang dan gebu dan selalunya lebih panjang daripada badan mereka. 

Warna  suger glider akan berumur seiring dengan penambahan usia mereka. Di Malaysia kita ada sugar glider yang kelabu dan juga yang coklat. Kebanyakan yang coklat terjadi kerana tinggal di dalam tempurung. Oleh itu kalau tak nak sugar glider anda bewarna coklat, jangan letak dalam tempurung ye. Apa pun warna sugar glider, itu adalah keunikan mereka. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan