I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 26 April 2011

Penjagaan Bayi Hamster


Sedikit info yang ingin saya kongsi mengenai penjagaan baby hamster:
 
  1. Pisahkan hamster jantan kerana hamster jantan akan makan anak-anaknya. Biarkan hamster betina dengan anak-anaknya. 
  2. Jangan sentuh baby hamster kerana jika baby hamster berbau lain, mungkin di makan atau diabaikan oleh ibunya.
  3. Jangan kacau atau sentuh atau bersihkan sarangnya (sangkar) dalam tempoh 1–3 minggu kerana ibu hamster berkemungkinan panik dan sekaligus membunuh anak-anaknya.
  4. Seelok-eloknya letak sangkar di bilik yang senyap kerana persekitaran yang bising boleh menyebabkan ibu hamster menjadi stress.
  5. Jangan selalu melihat atau mengintai ibu hamster yang menyusui anak2ya kerana dikhuatiri hilang fokus dan stress.
  6. Bayi hamster boleh dipisahkan dari ibunya setelah usianya mencecah 4 minggu ke atas (boleh berdikari).
  7. Berikan makanan dan minuman yang secukupnya untuk ibu dan anak-anaknya, seperti:
  • Rendam sedikit roti dalam susu dan letakkan di dalam bekas kecil ia dapat membekalkan protein untuk hamster dan anaknya.
  • Putih telur (rebus) dan hancurkan menjadi kecil-kecil.
  • Sapukan sedikit peanut butter pada carrot atau  celery      

Saya harap sangat supaya hamster saya cepat-cepat dapat baby...Bestnya!!!


3 ulasan:

  1. nice tips!! sy teringin nak bela hamster..huhu

    BalasPadam
  2. tQ...Try la bela...
    Cz tak susah bela hamster...:)

    BalasPadam
  3. hamster saya br beranak 7 ekor semua babynya. best bela hamster ni syiok tgk dia main2 dalam cage. ni sy kena cr cage lbh besar untuk mereka lg.

    BalasPadam