I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 24 April 2011

My lovely pets 2.

Hye semua...

  Kura-kura air ialah sejenis haiwan yang lebih banyak berada di dalam air walaupun ia bernafas menggunakan hidung. Kura-kura ini gemar berada di tempat kering dan berjemur di bawah cahaya matahari pagi. Seperti manusia, kura-kura memerlukan cahaya matahari pagi untuk proses metabolisme, menjaga stamina dan menguatkan cengkerang. 

  Di sini saya sertakan beberapa tips untuk menjaga kura-kura.

 Tempat Tinggal

Tempat tinggal terbaik bagi kura-kura ialah di alam bebas seperti menyediakan kolam di luar rumah. Tetapi bagi kura-kura yang masih kecil, kita boleh memerliharanya di dalam rumah. Ini dapat mengelakkan kura-kura kita dari menjadi santapan haiwan-haiwan di luar rumah.

Akuarium untuk kura-kura tidak perlu tinggi kerana kura-kura tidak memerlukan air yang dalam untuk berenang tetapi ia memerlukan kawasan yang luas dan selesa.

Hindarkan benda-benda yang dapat menghalang kura-kura bergerak atau benda-benda yang boleh mencederakannya seperti batu yang tajam.

Pasir di dasar akuarium tidak sesuai untuk kura-kura kerana ia akan membahayakan kesihatan kura-kura jika kura-kura memakannya. Gantikan pasir tersebut dengan batu yang agak besar dan tidak tajam.

Selain itu anda perlu menyediakan tempat untuk kura-kura anda berjemur seperti meletakkan batu atau kayu supaya kura-kura dapat mengeringkan badannya.

Satu perkara penting yang perlu anda tahu iaitu anda harus mencuci akuarium anda semaksima mungkin atau sekurang-kurangnya 2 hari sekali bagi kura-kura yang agak dewasa dan setiap hari bagi kura-kura yang masih kecil. Bagi mereka yang malas mencuci akuarium setiap hari, anda boleh menggunakan filter.

Makanan

Anda boleh memberi kura-kura anda pallet khas untuk kura-kura. Pallet tersebut mestilah bersesuaian dengan usia kura-kura anda. Jika kura-kura anda masih kecil, berilah pallet yang bersaiz kecil. 

Selain pallet, kura-kura juga gemar makan cacing, cengkerik, anak ikan, tulang sotong dan lain-lain.

Kura-kura bukanlah haiwan yang kuat makan walaupun nafsu makannya sangat besar. Anda boleh memberi kura-kura anda makan 3 hari sekali atau seminggu sekali, tetapi saya lebih gemar memberi kura-kura saya makan 2 kali sehari. Tak sampai hati rasanya membiarkan mereka tidak makan sampai seminggu.

Pastikan anda tidak meletakkan makanan terlalu banyak supaya air tidak cepat kotor dan busuk.

Penyakit

Cuaca yang kurang baik atau si kura-kura tidak berselera akan menyebabkan tubuhnya lemah dan sakit. Jika kura-kura anda dalam keadaan tersebut, cubalah bertanya kepada kawan-kawan anda yang arif tentang kura-kura atau bawalah ia ke doktor haiwan.

Penyakit yang biasa dihidapi oleh kura-kura ialah sembelit, badan berkulat, pengelupasan kulit yang berlebihan dan lain-lain.

Bagi kura-kura yang sembelit, saya sarankan anda biarkan kura-kura anda berendam di dalam air suam supaya kitaran perutnya kembali normal. Bagi kura-kura yang terkena kulat pula nada hendaklah menjemurnya setiap pagi di bawah cahaya matahari sekurang-kurangnya selama 30 minit.







1 ulasan:

  1. thx 4 da info.....kura2 saa saket sbb x dpt cahaya matahari..dah bawak g vet, n vet bagi vitamin A..n kene kerap jemur kat matahari..[saya bela kat opis jek..sejuk, aircond..] kesian dorg..

    BalasPadam