I made this widget at MyFlashFetish.com.

Memaparkan catatan dengan label kawasan kura kura bertelur.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawasan kura kura bertelur.. Papar semua catatan

Ahad, 24 April 2011

My lovely pets 3.

Hye semua.

  Di sini saya ada sedikit tips yang simple je untuk menjaga kura-kura yang comel dan nakal.

1. Sediakan ruang yang selesa kepada kura-kura anda dengan sedikit air untuk berenang dan batu atau kayu untuk kura-kura berjemur.

2.  Cuci bekas kura-kura anda sekerap yang mungkin atau sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

3.  Luangkan sekali seminggu dengan menggosok kulit cengkerang kura-kura anda dengan menggunakan span lembut atau berus gigi lama. Jangan menggunakan SABUN!!!

4.  Biar kura-kura berjemur di bawah cahaya matahari atau cahaya lampu.

5.  Bagi kura-kura anda makan 3 hari sekali atau seminggu sekali, tapi saya bagi kura-kura saya makan sehari 2 kali.

6.  Bawalah kura-kura anda berjalan-jalan sekali-sekala. Hari tukan mak saya bawa kura-kura saya pergi berjemur di halaman rumah jiran saya. hehehe...(jangan lupa minta izin tau)

7.  Berilah kasih sayang korang kerana mereka ni tahu yang diri mereka di sayangi.

Memerlihara kura-kura ni tak lah susah cuma kena jaga kualiti airnya saja...

My lovely pets 2.

Hye semua...

  Kura-kura air ialah sejenis haiwan yang lebih banyak berada di dalam air walaupun ia bernafas menggunakan hidung. Kura-kura ini gemar berada di tempat kering dan berjemur di bawah cahaya matahari pagi. Seperti manusia, kura-kura memerlukan cahaya matahari pagi untuk proses metabolisme, menjaga stamina dan menguatkan cengkerang. 

  Di sini saya sertakan beberapa tips untuk menjaga kura-kura.

 Tempat Tinggal

Tempat tinggal terbaik bagi kura-kura ialah di alam bebas seperti menyediakan kolam di luar rumah. Tetapi bagi kura-kura yang masih kecil, kita boleh memerliharanya di dalam rumah. Ini dapat mengelakkan kura-kura kita dari menjadi santapan haiwan-haiwan di luar rumah.

Akuarium untuk kura-kura tidak perlu tinggi kerana kura-kura tidak memerlukan air yang dalam untuk berenang tetapi ia memerlukan kawasan yang luas dan selesa.

Hindarkan benda-benda yang dapat menghalang kura-kura bergerak atau benda-benda yang boleh mencederakannya seperti batu yang tajam.

Pasir di dasar akuarium tidak sesuai untuk kura-kura kerana ia akan membahayakan kesihatan kura-kura jika kura-kura memakannya. Gantikan pasir tersebut dengan batu yang agak besar dan tidak tajam.

Selain itu anda perlu menyediakan tempat untuk kura-kura anda berjemur seperti meletakkan batu atau kayu supaya kura-kura dapat mengeringkan badannya.

Satu perkara penting yang perlu anda tahu iaitu anda harus mencuci akuarium anda semaksima mungkin atau sekurang-kurangnya 2 hari sekali bagi kura-kura yang agak dewasa dan setiap hari bagi kura-kura yang masih kecil. Bagi mereka yang malas mencuci akuarium setiap hari, anda boleh menggunakan filter.

Makanan

Anda boleh memberi kura-kura anda pallet khas untuk kura-kura. Pallet tersebut mestilah bersesuaian dengan usia kura-kura anda. Jika kura-kura anda masih kecil, berilah pallet yang bersaiz kecil. 

Selain pallet, kura-kura juga gemar makan cacing, cengkerik, anak ikan, tulang sotong dan lain-lain.

Kura-kura bukanlah haiwan yang kuat makan walaupun nafsu makannya sangat besar. Anda boleh memberi kura-kura anda makan 3 hari sekali atau seminggu sekali, tetapi saya lebih gemar memberi kura-kura saya makan 2 kali sehari. Tak sampai hati rasanya membiarkan mereka tidak makan sampai seminggu.

Pastikan anda tidak meletakkan makanan terlalu banyak supaya air tidak cepat kotor dan busuk.

Penyakit

Cuaca yang kurang baik atau si kura-kura tidak berselera akan menyebabkan tubuhnya lemah dan sakit. Jika kura-kura anda dalam keadaan tersebut, cubalah bertanya kepada kawan-kawan anda yang arif tentang kura-kura atau bawalah ia ke doktor haiwan.

Penyakit yang biasa dihidapi oleh kura-kura ialah sembelit, badan berkulat, pengelupasan kulit yang berlebihan dan lain-lain.

Bagi kura-kura yang sembelit, saya sarankan anda biarkan kura-kura anda berendam di dalam air suam supaya kitaran perutnya kembali normal. Bagi kura-kura yang terkena kulat pula nada hendaklah menjemurnya setiap pagi di bawah cahaya matahari sekurang-kurangnya selama 30 minit.







Sabtu, 23 April 2011

My lovely pets.

Hye semua...

  Semalam masa tengah tengok you tiub sal guinea pig, tiba-tiba saya ternampak satu video tentang kura-kura.Saya pun tengoklah. Bila saya tengok, agak terkejut jugaklah sebab dia tunjuk kura-kura bertelur dalam air!

  So, malam tadi pun saya buat research tentang kura-kura bertelur. Tapi, saya tak faham sebab kebanyakkan blog tentang kura-kura semuanya bahasa indonesia. Macam mana nak faham bahasa dia.....mak ai...pekat bebeno bahasenye. hehehe.

  Dalam pening-pening tu, tiba-tiba saya terjumpa satu blog tentang kura-kura juga tapi dalam bahasa melayu!!!(walau pun ada sikitlah bahasa indon). Saya punya seronok tak terkata sampai saya terlupa nama blog tu. Dah siap buat nota pasal kura-kura terus delete. Nak tido baru teringat yang saya lupa nak buat bookmark. Adus, nak cari balik blog tu punyalah seksa. Tak apa, kita abaikan je. Sekarang saya nak kongsikan tentang apa yang saya dapat semalam.

  Kura-kura yang sudah sedia untuk disenyawakan ialah pada umur 2 tahun keatas dan ukuran kura-kura itu biasanya 15 cm < bagi jantan dan 20 cm < bagi betina. Kita haruslah menyediakan tanah di sekitar kawasan kolam kerana biasanya kura-kura betina tidak mahu 'mating' jika tiada tanah.

  Apa yang harus kita tahu tentang kura-kura dewasa ialah:

* Kalau kura-kura betina bertelur walaupun tanpa 'mating', maka telur ini tidak boleh menetas.

* Jika kura-kura betina bertelur di dalam air (ada jantan), ini kerana tiada tanah di kawasan kura-kura ambillah telur-telur tersebut untuk ditetaskan sendiri. Telur tidak boleh menetas di dalam air dan akan menjadi lembik dan busuk.

  Terdapat dua cara penetasan:

1. Penetasan secara semulajadi.

*  Kita hendaklah menyediakan kawasan tanah yang sesuai untuk telur agar telur ia dapat menetas dan berkembang dengan baik. Kawasan penetasan ini memerlukan dua perkara iaitu tanah dan pasir. 

Kebanyakkan kawasan rumah sememangnya ada tanah jadi kita cuma perlu menyediakan pasir. Pasir itu ditambakkan di atas tanah kira-kira setinggi 10 cm. 

Fungsi pasir ialah untuk menjaga kelembapan, panas dan hujan.Sebagai tambahan, kita boleh menambah tempat teduh seperti atap atau beberapa tumbuhan.

Jika kura-kura anda bertelur, maka ia akan menetas dalam masa 3 bulan. Jika penetasan berjaya, anak kuar-kura tersebut akan keluar mencari air.

2.  Penetasan buatan / incubator.

*  Untuk penetasan buatan ini, kita perlu menitik beratkan keadaan telur tersebut, jangan sampai berterabur kerana ia akan menentukan berhasil atau tidaknya penetasan. 

Ketika kura-kura anda mula mengais-ngais tanah, maka tunggulah sehingga kura-kura anda selesai bertelur.Sebelum itu, tandakan kawasan kura-kura tersebut bertelur.

Kemudian korek kawasan telur tersebut dengan berhati-hati. Masukkan telur-telur itu ke dalam incubator sesuai dengan posisi asalnya.