I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 16 April 2011

Selamatkan Diri

  Dua orang pekerja dari bekalan air (seorang senior dan seorang lagi junior) sedang memeriksa meter di sebuah kawasan perumahan. Mereka meletakkan kereta di hujung kawasan perumahan itu dan berjalan kaki ke hujung yang lainnya untuk membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah.

  Di rumah terakhir, seorang wanita melihat dari jendela dapur ketika dua pekerja itu sedang memeriksa meter air di rumahnya. 

  Sesudah menyelesaikan tugasan disemua rumah, si pekerja senior mengajak si pekerja junior untuk berlumba lari dari rumah terakhir ke tempat kereta mereka.Perlumbaan itu adalah untuk membuktikan bahawa meski pun usianya lebih tua tetapi dia masih dapat mengalahkan si pekerja junior.

  Ketika mereka sampai di tempat letak kereta, barulah kedua pekerja tadi sedar yang wanita penghuni rumah terakhir turut ikut berlari di belakang mereka.

  Kedua pekerja itu segera bertanyakan apa yang telah terjadi.Sambil termengah-mengah wanita itu berkata."Tadi saya melihat kamu berdua memeriksa meter air, kemudian tiba-tiba saja kamu berdua berlari dengan kencang. Saya khuatir dan mengambil keputusan untuk sama menyelamatkan diri!".  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan