I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 3 Mei 2011

Mengenal sifat hamster syrian


 Hamster adalah haiwan yang aktif pada waktu malam, sama seperti sugar glider. Waktu siang mereka adalah waktu untuk tidur dan pada waktu malam adalah waktu untuk bermain.

 Hamster di habitat asalnya hidup di padang gurun,suka dalam kegelapan, berumah di dalam tanah dan mencari makanan pada malam hari.

 Adakah hamster setia dengan pasangannya? Sebenarnya tidak, hamster akan  berkawin dengan hamster jantan yang lain sepanjang mereka “sama-sama suka”.

 Hamster betina akan lebih sensitive dari sebelumnya apabila hamster tersebut mengandung, merasa terancam, terkejut dan sakit.

 Mengangkat Hamster atau menyentuhnya  sebaik-baiknya tidak dari atas kerana tangan anda pasti digigit. Mereka  menyangka itu ancaman buat dirinya, ambilah hamster dari bawah kemudian setelah mereka merasa selesa barulah diusap kepala mereka.

 Hamster syrian adalah hamster yang pandai menjaga anak-anaknya sehingga besar tanpa ada yang mati sekalipun kita campur anak hamster dengan induk yang lain.(induk hamster seperti ini sebaik-baiknya jangan dijual).

 Hamster bukan keturunan tikus kerana sifat mereka tidak sama.

 Hamster boleh kentut? Peliknya? Ha...Hamster sebenarnya bukan kentut tapi bau itu disebabkan oleh kelenjar bau yang ada di tubuh hamster.(ini terjadi bila hamster panik)

 Umur Hamster menurut sumber boleh menjangkau selama 3 tahun. Hamster betina boleh melahirkan anak sampai 20 kali dalam setahun, semuanya bergantung dari bagaimana anda merawat, memberi makannya  dan jenis indukannya.

 Hamster adalah haiwan yang suka menggerit. Hamster menggerit kerana mereka mengasah gigi mereka. Tapi tidaklah sampai merosakkan sangkar. 
Rosaknya dawai sangkar kebanyakkannya kerana air kencingnya (air kencing hamster berbahaya untuk barang-barang yang mengandungi besi,emas, dan barang-barang elektrik)

 Hamster takut air jadi jangan dimandikan. Kalau anda ingin mandikan hamster anda, anda boleh sediakan pasir untuk mereka mandi. Pasir itu boleh dibeli di kedai-kedai haiwan.


4 ulasan:

  1. saya masih tak tahu kenapa geli sangat ngan hamster, kucing..

    BalasPadam
  2. hehe...bese la 2...
    tryla bela sepasang hamster...

    BalasPadam
  3. aku punya hamster syrian yang nakal..dia gigit jari aku ampe berdarah T.T

    BalasPadam
  4. Kenpa hamster makan anak dia ? Sis confused . tolongg

    BalasPadam