Seorang ibu pening memikirkan masalah anaknya yang gemar bergayut ditelefon.Setiap kali menerima panggilan telefon pasti anaknya itu akan berbual sampai LIMA JAM TANPA HENTI, jika berhenti pun, beberapa minit kemudian disambungnya semula.
Suatu hari, anak gadisnya menerima panggilan telefon dan bergegas mengangkatnya.Si ibu mengeluh lagi kerana sudah pasti lima jam lagi baru selesai.
Namun sangkaanya salah, kali ini si anak hanya berbual selama dua jam dan bukannya lima jam seperti selalu.Si ibu tersenyum riang, "Sudah menunjukkan perkembangan baik!", katanya dalam hati.
Tetapi, si ibu masih juga tertanya-tanya tentang sikap anaknya. Maklumlah si anak tidak pernah bersikap sedemikian.Kerana tidak sabar hendak tahu, Si ibu terus bertanya sebaik si anak meletakkan telefon.
"Dengan siapa Nani bercakap,pendek sahaja?"Si ibu sengaja menduga. "Tak tahu la mak...salah nombor." jawab anaknya dengan muka selamba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan