I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 9 Mei 2011

Snack Yang Bergizi Untuk Hamster

Treat (snack atau selingan makanan) boleh menjadi special dan bermanfaat di saat yang sama. Tambahan buah-buahan dan sayuran telah terdaftar, masih ada beberapa makanan lain yang boleh dipertimbangkan untuk menjadi treat hamster, tapi para penata diet mempertimbangkan bahan-bahan suplemen diet yang bergizi seperti:

Telur : Hamster sangat menyukai telur rebus dan telur mengandung protein tinggi. Telur rebus baik untuk ibu hamster yang sedang hamil dan anak-anak yang masih muda. Tetapi bagaimana pun juga, telur harus diberikan sekali-sekali. Telur yang tidak di makan dalam waktu 24 jam setelah diberikan, harus disingkirkan dari kandang agar telur tidak busuk.

Minyak Ikan : Kaya dengan vitamin A dan D, beberapa titis minyak ikan yang dititiskan di atas makanan hamster boleh diberikan sekali seminggu.

Daging : Pemberian daging untuk hamster telah diperdebatkan selama bertahun-tahun. Beberapa orang percaya pemberian daging akan mendorong munculnya sifat kanibal di dalam diri hamster. 

Tetapi, ada beberapa laporan dari para breeders yang memberikan daging secara teratur dan tidak pernah mengalami (mempunyai) hamster yang kanibal. Daging boleh diberikan berupa potongan kecil daging lembu (hindarkan pemberian daging babi), makanan anjing kalengan atau mealworm, yang merupakan kegemaran hamster.

Susu : Permasalahan yang mendasar dari pemberian susu adalah susu perlu diberikan dalam suatu bekas. Susu boleh menjadi basi dalam waktu yang relatif cepat jika berada di cuaca yang panas. 

Kerana masalah ini, susu jarang diberikan untuk hamster. Susu baik diberikan untuk ibu hamster yang sedang mengandung, anak-anak hamster, dan hamster yang sedang sakit. Pastikan untuk menyingkirkan bekas dan cuci dengan bersih sebelum susu menjadi basi.

Campuran Makanan Burung : Suplemen yang ideal lainnya, adalah biji-bijian yang dijual untuk burung kenari dan budgerigars. Pemberian boleh dilakukan seminggu sekali dengan cara mencampurnya dengan makanan hamster atau satu sudu teh penuh.

Makanan Monyet : Makanan monyet yang berkualiti penuh dengan nutrisi seperti : jagung, basil gandung, telur, ragi untuk membuat bir, bermacam-macam protein, dll. 

Seperti treat lainnya, disarankan untuk tidak memberikannya lebih dari seminggu sekali. Seperti treat untuk kucing dan biskuit anjing, makanan monyet juga baik untuk mengasah gigi hamster.

Ragi : Kaya akan vitamin B yang bermanfaat untuk susunan saraf dan sangat berguna untuk mengurangi stress. (Stress merupakan sebab utama yang menyebabkan hamster terkena penyakit, khusus nya wet tail). 

Pemberian ragi seminggu sekali, sangat baik untuk mencegah banyak penyakit. Berikan sejemput ragi yang bergizi sekali seminggu. (Ragi yang bergizi tidak pahit rasanya dan hamster anda akan menyukai rasanya). 

Sebagai alternatif, tablet ragi yang dapat ditemukan di pet shop untuk anjing dan kucing , dapat diberikan seminggu sekali. (Ketika memberikan tablet ragi ini, gunakan tablet ragi yang plain, jangan yang mengandung bawang putih, kerana bawang putih terlalu keras bagi ginjal hamster).


- Info tambahan



Hal yang perlu dilakukan

* Cucilah tangan sampai bersih sebelum dan sesudah memegang hamster. Jika tangan anda berbau "lain" (tidak bersih), hamster akan "mencuba" tangan anda dengan menggigit. Sangat-sangat penting! 

* Ajaklah Hamster berinteraksi langsung sesering mungkin, misal menggendong ditelapak tangan,mengelus, memberi makan dengan tangan, membiarkan dia berlarian disekitar kamu. Jadikan dia sahabat.



* Memberi snack secukupnya,  snack khusus hamster 1-2x seminggu. boleh guna varian lain, kaya jelly hamster, brokoli, jagung manis, putih telur, dsb



* Mengganti kedudukan mainan agar dia tidak bosan.

Rabu, 4 Mei 2011

Hamster Roborovski

Hamster paling kecil diantara semua jenis hamster. Hamster dewasanya hanya berukuran sekitar 5 cm. Hamster jenis ini adalah hamster yang paling lincah, suka berlari dan melompat. Mereka lebih takut dengan manusia berbanding jenis hamster yang lain.

Kelebihan Hamster Roborovski. 

Salah satu hamster yang paling digemari kerana ukurannya yang paling kecil dan mukanya yang paling berbeza jika dibandingkan hamster lain. Lincah, suka bermain dan sangat aktif.

Kekurangan Hamster Roborovski. 

Susah dipegang kerana biasanya mereka melompat jika berada di tangan manusia. Terlalu kecil untuk digenggam. Sifatnya terlalu penakut dan hamster yang paling tidak sesuai untuk kanak-kanak yang baru mula belajar memelihara haiwan. 

Selasa, 3 Mei 2011

Mengenal sifat hamster syrian


 Hamster adalah haiwan yang aktif pada waktu malam, sama seperti sugar glider. Waktu siang mereka adalah waktu untuk tidur dan pada waktu malam adalah waktu untuk bermain.

 Hamster di habitat asalnya hidup di padang gurun,suka dalam kegelapan, berumah di dalam tanah dan mencari makanan pada malam hari.

 Adakah hamster setia dengan pasangannya? Sebenarnya tidak, hamster akan  berkawin dengan hamster jantan yang lain sepanjang mereka “sama-sama suka”.

 Hamster betina akan lebih sensitive dari sebelumnya apabila hamster tersebut mengandung, merasa terancam, terkejut dan sakit.

 Mengangkat Hamster atau menyentuhnya  sebaik-baiknya tidak dari atas kerana tangan anda pasti digigit. Mereka  menyangka itu ancaman buat dirinya, ambilah hamster dari bawah kemudian setelah mereka merasa selesa barulah diusap kepala mereka.

 Hamster syrian adalah hamster yang pandai menjaga anak-anaknya sehingga besar tanpa ada yang mati sekalipun kita campur anak hamster dengan induk yang lain.(induk hamster seperti ini sebaik-baiknya jangan dijual).

 Hamster bukan keturunan tikus kerana sifat mereka tidak sama.

 Hamster boleh kentut? Peliknya? Ha...Hamster sebenarnya bukan kentut tapi bau itu disebabkan oleh kelenjar bau yang ada di tubuh hamster.(ini terjadi bila hamster panik)

 Umur Hamster menurut sumber boleh menjangkau selama 3 tahun. Hamster betina boleh melahirkan anak sampai 20 kali dalam setahun, semuanya bergantung dari bagaimana anda merawat, memberi makannya  dan jenis indukannya.

 Hamster adalah haiwan yang suka menggerit. Hamster menggerit kerana mereka mengasah gigi mereka. Tapi tidaklah sampai merosakkan sangkar. 
Rosaknya dawai sangkar kebanyakkannya kerana air kencingnya (air kencing hamster berbahaya untuk barang-barang yang mengandungi besi,emas, dan barang-barang elektrik)

 Hamster takut air jadi jangan dimandikan. Kalau anda ingin mandikan hamster anda, anda boleh sediakan pasir untuk mereka mandi. Pasir itu boleh dibeli di kedai-kedai haiwan.